Saturday, September 25, 2010

resipi kek coklat ku..hehe

6 comments




sajer nk share resipi kek coklat..br jer wt dua kali kek ni..selamat mencuba..

Bahan A::

2 cawan tepung kek Blue Key
1/2 cawan serbuk koko


Bahan B::

2 cawan gula kastor
1 cawan planta yg dicairkan
1 cawan susu cair
1 cawan air


Bahan C::

1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara::

1. Panaskn kukusan dengan api yg sederhana.
2. Ayak Bahan A ke dalam bekas.
3. Masukkan kesemua Bahan B ke dalam periuk dan panaskan.. kacau rata sehingga gula hancur.
4. Apabila Bahan B sudah sebati,tutup api dan masukkan campuran Bahan B ke dalam bekas bahan A tadi..kacau rata..
5. Kacau Bahan C dan masukkan ke dalam bekas Bahan A td..kacau rata..
6. Apabila adunan sudah sebati, sapukan loyang dgn mentega.. Tuang adunan ke dalam loyang..
7. Kukus adunan kek selama 1 jam..
8. Apabila kek masak, buat topping coklat..

Topping::

2 sudu mkn serbuk koko
2 sudu planta
1 cawan susu pekat

cara-cara::
1. masukkn susu pekat dan serbuk koko dlm periuk. panaskan dgn api yg sederhana dan kacau sehingga rata.
2. masukkn planta dan kacau rata..
3. Tutup api dan kacau lg..
4. Biarkn sekejap dan tuang topping coklat ke ats kek yg siap di kukus..

Followers

 

mAma faReEz Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez